Skip to content

KELAB SUKER

113+
Ahli
3
Biro
4+
Tahun Beroperasi

Diuruskan oleh ahli, untuk ahli

Sertai Kami
Pengenalan

Pengenalan

Kelab SUKER ialah gabungan Sukan, Kerohanian dan Rekreasi — sebuah platform yang berfungsi sebagai wadah untuk memberi peluang kepada warga kerja Klinik Kesihatan Nilai untuk terus proaktif. Kelab ini berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (PPM-025-05-19022025).

Selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia versi 1.0 (2024) dan sistem pengurusan prestasi MyPerformance yang menilai antara lain Penglibatan dan Sumbangan, pihak pengurusan Klinik Kesihatan Nilai mengambil inisiatif menubuhkan sebuah kelab yang membantu setiap warga kerja kekal aktif, menonjol dan berkebolehan. Penilaian prestasi setiap warga kerja turut mengambil kira penglibatan mereka dalam aktiviti kelab.

Tentang Kami

Siapa Kami

Kelab SUKER Klinik Kesihatan Nilai ialah wadah untuk warga kerja kekal aktif, proaktif dan bersatu — melalui aktiviti sukan, program kerohanian dan rekreasi yang dirancang oleh warga kerja, untuk warga kerja.

01

Matlamat Kami

Menyediakan dan menjayakan aktiviti sukan, kerohanian, kebajikan, sosial, pendidikan dan rekreasi dalam kalangan kakitangan Klinik Kesihatan Nilai bagi memupuk semangat kekitaan, kerjasama, perasaan muhibah dan sayangkan organisasi; bekerjasama menjayakan aktiviti kemasyarakatan bersama penduduk dan komuniti Nilai; serta membantu pihak pengurusan meninggikan moral anggota supaya produktiviti dapat dipertingkatkan.

02

Hala Tuju Kami

Dalam jangka pendek, menganjurkan aktiviti pengumpulan dana secara rasmi, terancang dan telus untuk program kesihatan bersama komuniti setempat — kesedaran kesihatan, pemeriksaan kesihatan asas, ceramah gaya hidup sihat dan aktiviti fizikal. Dalam jangka panjang, melaksanakan perlindungan insurans yang menyeluruh kepada ahli dan staf, program sokongan kesejahteraan fizikal, mental dan sosial, serta tadbir urus kewangan yang sistematik, telus dan berakauntabiliti.

03

Nilai Kami

Saksama, Sihat, Sinergi dan Sentosa — huruf S pada lambang kelab. Lambang manusia memanah melambangkan anggota kesihatan yang proaktif, berganding bahu dan tenaga, bertolak ansur serta sentiasa mengambil bahagian dalam apa jua aktiviti; bulan sabit menandakan fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tentang kami
Keahlian

Sertai Kami Hari Ini

Pilih jenis keahlian yang sesuai untuk anda.

Sudah menjadi ahli? Log masuk di sini

Faedah Keahlian

Faedah yang Ahli Perolehi

Biro Sukan

Merancang dan menganjurkan aktiviti serta kejohanan sukan dan permainan, mengurus pasukan untuk pertandingan, mempromosikan gaya hidup sihat melalui program kecergasan dan menyelaras kerjasama dengan kelab sukan luar.

Biro Kerohanian

Menganjurkan program keagamaan (ceramah, kuliah, usrah, forum), mengurus sambutan hari kebesaran agama dan etnik, menyelaras aktiviti kebajikan warga kerja dan memberi bimbingan rohani kepada ahli.

Biro Rekreasi

Merancang aktiviti rekreasi dan santai seperti team building, mengurus program ilmiah dan pendidikan seperti kursus, lawatan dan seminar, serta menggalakkan gaya hidup sihat dan kesihatan mental warga kerja.

Rumah Sukan

Setiap ahli tergolong dalam salah satu rumah sukan — Biru, Hijau, Merah atau Kuning — yang bersaing dalam kejohanan dan aktiviti kelab.

Kelab Kecil

Menaungi program anjuran kelab-kelab kecil seperti Kelab Susu Ibu Nilai (KESUNI), Kelab Warga Emas dan Kelab Mesra Remaja.

Kebajikan Ahli

Perancangan perlindungan insurans yang menyeluruh, program sokongan kesejahteraan dan usaha ke arah pelepasan cukai pendapatan bagi yuran dan sumbangan ahli.

Barisan Kepimpinan

Jawatankuasa Kami

Dr. Syakirah Binti Mat Daud
Pengerusi
Pn. R Khairul Azwahanim Binti R Malik
Timbalan Pengerusi
En. Syed Ariffen Bin Omar
Setiausaha
En. Mohd Farhan Nazhif Bin Zulkifli
Timbalan Setiausaha
Cik Afraliza Binti Zakaria
Bendahari I
Pn. Haniyah Binti Mat
Bendahari II
En. Ishak Bin Maraj
Ketua Biro Sukan
Pn. Sabariah Binti Jamaluddin
Ketua Biro Kerohanian
Hubungi Kami

Hubungi Kami

LokasiKlinik Kesihatan Nilai Jalan Besar, Pekan Nilai 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Sedia untuk menyertai?

Jadilah ahli dan nikmati faedahnya hari ini.

Keahlian

Sedia untuk menyertai KELAB SUKAN, KEROHANIAN, DAN REKREASI (SUKER) KLINIK KESIHATAN NILAI?

Jadilah sebahagian daripada komuniti yang berkembang.

KELAB SUKAN, KEROHANIAN, DAN REKREASI (SUKER) KLINIK KESIHATAN NILAI